Friday 22 November 2013

Tonsil dan Vitamin Penyembuhannya dengan Shaklee


Vitamin untuk Tonsil Shaklee, Rawat tonsil dengan shaklee
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-
    ♣ Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
   ♣ Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
   ♣ Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.

Apa Itu Radang Tonsil:-
♣Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.
♣Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.
♣Apakah Penyebab dan Gejala Tonsil
♣Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.
Antara Gejala Radang Tonsil:-
1. Sakit tekak yang kadang-kadang teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit bila menelan
3. Demam yang kadang-kadang sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Komplikasi Radang Tonsil
Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.
♣Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.
♣Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.
♣Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).
"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

♥♥Suplemen Shaklee Untuk Rawatan Tonsil♥♥
   ♣ Vitamin C
   ♣ Nutriferon (immune booster Shaklee)

Anda berminat untuk dapatkan produk diatas ..Hubungi saya..

●●●●●●●●●●●●●Perunding Vitamin Anda●●●●●●●●●●●●●●
♡♡ Mazidah Mohamed Zain
♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 897957]
♡♡ SMS/Whatsapp/Telegram : 013-3456789
♡♡ Email : ayangida77@gmail.com
♡♡ FB Fanpage :- Vitashouse

✿Penghantaran ke Seluruh Malaysia✿
✿COD :-
    Pengedar Shaklee Rawang, Pengedar Shaklee Selayang, Pengedar Shaklee KL Sentral✿
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**
Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'..
Read more...

Supplement Untuk Asthma

●RAWAT ASTHMA DENGAN SUPPLEMENT SHAKLEE●


Supplement untuk asthma, rawat asthma dengan supplement shaklee, pengedar shaklee rawang


Ok..Jom kita kenali..apakah penyakit Asma ini...???

Penyakit asthma salah satu penyakit yang agak lazim di Malaysia.. Penyakit ashtma atau 

lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah
kerana, ketika pesakit diserang ashtma, keradangan dan spasma pada selaput dinding 
laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam peparu menjadi sempit.

Pesakit asthma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan 

sukar untuk bersenam. ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang 
pernafasan. Apabila ini terjadi, paru-paru akan kehilangan udara dan pesakit boleh 
pengsan.

Pembengkakan pada saluran udara bronkiol menyebabkan kesukaran bernafas dalam 

pesakit ashtma

Asthma dikalangan kanak-kanak : :-■
Menurut kajian jumlah kanak-kanak yang mengidap asma semakin meningkat, dan 

selalunya akan sembuh apabila usia meningkat hingga 12-13 tahun.

Kira-kira 50%-60% akan sembuh apabila mencapai usia 20-25 tahun manakala 20% 

akan mendapat asthma berterusan.

Pencetus biasa serangan asthma antaranya termasuk:
alahan hidung seperti habuk, debunga, spora kulapuk, epitalial binatang peliharaan, 

udara sejuk, senaman, jangkitan sistem pernafasan, tekanan emosi, aspirin dan ubat 
seumpamanya

■Suplemen untuk asthma■

1) Omega Guard (Asid lemak Omega-3)


vitamin untuk asthma, pengedar shaklee rawang, omega guard


Kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak 

asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan 
didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang 
mengambil placebo.

Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary 

disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap 
kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3.

Penyelidik mencadangkan sokongan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 

adalah selamat dan praktikal untuk merawat masalah berkaitan peparu dan 
pernafasan.

2) NutriFeron (interferon semulajadi Shaklee)



vitamin untuk asthma, pengedar shaklee rawang, nutriferon

Seperti yang kita tahu, asthma dicetuskan oleh serangan alergen, manakala sistem imun 

pesakit tidak dapat bertahan terhadap serangan tersebut. Asthma pada kanak-kanak 
menunjukkan ada keradangan melampau di laluan udara.

Bagaimana interferon membantu? Penyelidik menemui keupayaan interferon 

menghalang populasi sel imun yang mencetuskan asthma. Secara semulajadi 1 kelas 
sel limfosit T yang dikenali sebagai T helper 2 cells (Th2 cell) membantu melindungi 
menentang jangkitan dengan merembeskan bahan kimia untuk merangsang 
pembengkakan; tetapi dalam sesetengah individu, sel Th2 boleh menyebabkan tindak
 balas alergik kepada sel normal yang tidak berbahaya seperti pencemar dan debunga. 
Apabila sel Th2 menjadi reaktif kepada tersebut, ia mencetuskan semua proses 
pembengkakan yang biasa terhadap penyakit alergi seperti asthma dan ekzema.

Journal of Immunology mencadangkan interferon digunakan untuk terapi pesakit 

asthma. Interferon akan menghalang pembentukan sel Th2 dan kestabilannya 
dengan memberhentikan perembesan asthma-causing chemical lalu 
memberhentikan simptom asthma.

Telah ramai ibu-ibu yang mempunyai anak asthma berpuas hati selepas 

menggunakan produk Shaklee. Satu testimoni terbaru daripada pelanggan saya 
dimana anaknya yang mengalami asthma, batuk teruk lalu diberikan Omega Guard.

Puan-puan,tuan-tuan, ibu2 yang ada masalah sama, segera dapatkan rawatan serta 

ikhtiar dan salah satunya melalui supplemen Shaklee.

Dapatkan set kombo Omega Guard dan Nutriferon untuk meningkatkan kesihatan 

anak2 anda!


Untuk dapatkan Vitamin anda ...Jomm....
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Untuk pembelian secara online, klik di sini

Asthma


Anda berminat untuk dapatkan produk diatas ..Hubungi saya..

●●●●●●●●●●●●●Perunding Vitamin Anda●●●●●●●●●●●●●●
♡♡ Mazidah Mohamed Zain
♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 897957]
♡♡ SMS/Whatsapp/Telegram : 013-3456789
♡♡ Email : ayangida77@gmail.com
♡♡ FB Fanpage :- Vitashouse

✿Penghantaran ke Seluruh Malaysia✿
✿COD :-
    Pengedar Shaklee Rawang, Pengedar Shaklee Selayang, Pengedar Shaklee KL Sentral✿
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'..
Read more...

Tuesday 19 November 2013

Vitamin for Diebetes

Vitamin Shaklee untuk merawat Diabetes

vitamin untuk diebetes, vitamin for diebetes, vitamin untuk kencing manis, Pengedar Shaklee Rawang Selangor, vitamin for diebetes, diebetes, supplement untuk diebetes, vita c, b complex, vita lea, zinc, alfalfa, carotomax, gla, ostematrix, vivix
vitamin untuk diebetes, vitamin for diebetes, vitamin untuk kencing manis, Pengedar Shaklee Rawang Selangor, vitamin for diebetes, diebetes, supplement untuk diebetes, vita c, b complex, vita lea, zinc, alfalfa, carotomax, gla, ostematrix, vivix






BAGAIMANA KENALI TANDA-TANDA DIABETES DAN 
PENCEGAHANNYA

Anda rasa anda sihat dan tidak mempunyai masalah diabetes. Tapi awas, kebanyakan 
diabetes melitus hadir tanpa kita sedari dari awal. Sebenarnya terdapat tanda-tanda 
awal diabetes sebelum kita disahkan menghidapi diabetes iaitu:

Tanda-Tanda Awal Diabetes:
1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit

Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal 
sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka 
menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujukkan masalah
berikut kepada doktor.

TANDA-TANDA DIABETES:
Menghadapi masalah jangkitan yang kerap seperti:-
     - Kulit
     - Gusi
     - Jangkitan pundi kencing
◇  Penglihatan yang semakin kabur
◇  Luka lambat sembuh
◇  Parut luka berwarna kehitam-hitaman
◇  Rasa kebas di tangan atau kaki
◇  Tekanan darah tinggi mula hadir
◇  Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan otot dan lemak 
terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)

Punca-Punca Diabetes Melitus
Kita harus mengambil berat tanda-tanda diabetes ini supaya kita boleh 
mengenalpasti masalah kesihatan yang berlaku bukan sahaja kepada diri sendiri, 
tetapi juga ahli-ahli keluarga yang lain. Diabetes melitus boleh dihidapi oleh kanak-
kanak dan remaja juga walaupun penyumbang terbesar statistik negara daripada 
1.2 juta orang penghidap diabetes melitus adalah golongan berusia 30-an dan ke atas.

Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah 
hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi 
tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca 
diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis. Terdapat dua faktor utama 
yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu:
1.  Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikan 
insulin setiap hari.
2.  Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidak 
menggunakan insulin dengan betul seperti biasa.

Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes
-  Adik beradik kepada pesakit diabetes
-  Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
-  Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
-  Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
-  Individu yang tindak bersenam
-  Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun

Pencegahan Diabetes Melitus
Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan 
tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat 
bagi pencegahan diabetes melitus:
1. PEMAKANAN SIHAT 
    Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta mengikut keperluan umur
2. BERSENAM
    Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan 20 minit bagi setiap sesi  dan 
    bertambah menyeronokkan bersenam bersama keluarga
3. PENJAGAAN KESIHATAN 
    Lakukan pemeriksaan doktor apabila anda mengalami tanda-tanda diabetes
4. SUPPLEMENT
    Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk 
    menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi 
    dengan baik.
5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
    Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya penyakit 
    diabetes dalam tubuh.

=== Supplement Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes ===

Vitamin Asas Bagi Pesakit Diabetes
♥B-Complex ♥
Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga
♥Vita-Lea♥
Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap
♥Sustaines Release Vita-C 500mg ♥
Mengukuhkan kapilari dan salur darah
♥Zinc Complex♥
Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat.


=== Vitamin Tambahan Bagi Pesakit Diabetes ===
♥Alfalfa Complex♥
Membantu stabilkan gula dalam darah
♥Carotomax♥
Menghalang penglihatan kabur
♥GLA Complex♥
Beri kesan positif pada Diabetic neuopathy
♥Vivix♥
Merendahkan kolestrol, tekanan darah, mengurangkan diabetes dan 
berat badan, anti-penuaan
♥Ostematrix (Kalsium & Magnesium)♥
Mengurangkan masalah diabetes dan osteoporosis

==== Larangan Pengambilan Vitamin Untuk Penyakit Diabetes ===

1. Alfalfa Complex tidak disarankan diambil bersama Vita-Lea dan Vita-E kerana 
boleh mengganggu penyerapan vitamin E

2. Ostematrix tidak boleh diambil bersama Vita-lea kerana zat besi dalam Vita-Lea 
mengganggu penyerapan kalsium.

Jangan biarkan tanda-tanda diabetes berlarutan, dapatkan pemeriksaan doktor dan 
nikmati kehidupan yang lebih sihat dan pemakanan yang sihat.  Rawatan awal dapat 
mengurangkan gelaja penyakit diabetes yang lebih teruk sehingga memerlukan 
suntikan setiap hari dan luka-luka lambat sembuh sehingga menyebabkkan anggota 
tubuh perlu dipotong untuk menyelamatkan nyawa anda atau ahli keluarga yang 
mempunyai masalah diabetes. Jagalah kesihatan diri demi orang-orang tersayang.

Untuk dapatkan Vitamin anda ...Jomm....
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Untuk pembelian secara online, klik di sini

Diebetes


Anda berminat untuk dapatkan produk diatas ..Hubungi saya..

●●●●●●●●●●●●●Perunding Vitamin Anda●●●●●●●●●●●●●●
♡♡ Mazidah Mohamed Zain
♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 897957]
♡♡ SMS/Whatsapp/Telegram : 013-3456789
♡♡ Email : ayangida77@gmail.com
♡♡ FB Fanpage :- Vitashouse

✿Penghantaran ke Seluruh Malaysia✿
✿COD :-
    Pengedar Shaklee Rawang, Pengedar Shaklee Selayang, Pengedar Shaklee KL Sentral✿
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. 
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**

Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 
'Sharing Is Caring'..

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau 
mencegah sebarang penyakit.
Read more...

Template by:

Free Blog Templates

Developed by:

faridmokhtar