Saturday 12 July 2014

Kenali Anemia

Kenali Anemia (kurang darah)

Anemia atau kurang darah (hemoglobin) biasanya dikaitkan dengan zat besi. Hemoglobin adalah komponen dalam darah yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Walaupun ia berkait rapat dengan zat besi namun hakikatnya terdapat lebih kurang 400 jenis anemia yang disebkan oleh pelbagai faktor.

Antara punca anemia utama ialah:
- kekurangan zat besi
- kekurangan vitamin C
- kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik
- masalah tiroid

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN ZAT BESI... Ia boleh berpunca dari:-
♥Kecederaan yang menyebabkan pendarahan luaran atau dalaman
♥ Kehilangan darah yang banyak misalnya semasa haid
♥Masalah penyerapan zat besi yang disebabkan oleh usus yang kotor/tidak sihat atau kurang vitamin C
♥ Kurang pengambilan zat besi dalam diet

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN C
■Vitamin C penting untuk penyerapan zat besi. Kekurangan vitamin C boleh mengganggu penyerapan zat besi yang membawa kepada anemia.

ANEMIA AKIBAT KEKURANGAN VITAMIN B COMPLEX
■Komponen B Complex seperti Cobalamin dan Asid Folik penting dalam proses penghasilan sel darah merah.
■ Kekurangan vitamin ini menyebabkan pembentukan sel darah merah terganggu.

APAKAH KESAN ANEMIA KEPADA KESIHATAN?
Anemia boleh membawa maut! Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.

Tanda2 kekurangan zat besi:
- Badan letih dan lesu
- Kulit kelihatan pucat
- Sering hilang fokus
- Semput
- Sakit kepala
- Jantung berdebar
- Sering lupa
- Tersangat kurus
- Bagi ibu menyusu mungkin mengalami kekurangan susu badan
- Bagi ibu hamil mungkin mengalami masalah dengan kandungan

RAWATAN & CARA MENGATASI

**** Sekiranya ia melibatkan masalah kesihatan seperti masala hormon atau jangkitan kuman/kecederaan, sila dapatkan rawatan yang bersesuaian.

SUPPLEMENT

Selain rawatan klinikal, bagi yang ingin mencuba supplement dari bahan semulajadi, Shaklee memberikan anda pilihan...

Pengedar Shaklee Rawang, Anemia

Anemia semasa hamil, Pengedar Shaklee Rawang


Untuk dapatkan Supplement/Vitamin anda ...Jomm....
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Untuk pembelian secara online, klik di sini



Anda berminat untuk dapatkan produk diatas ..Hubungi saya..

●●●●●●●●●●●●●Perunding Vitamin Anda●●●●●●●●●●●●●●
♡♡ Mazidah Mohamed Zain
♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 897957]
♡♡ SMS/Whatsapp/Telegram : 013-3456789
♡♡ Email : ayangida77@gmail.com
♡♡ FB Fanpage :- Vitashouse

✿Penghantaran ke Seluruh Malaysia✿
✿COD :-
    Pengedar Shaklee Rawang, Pengedar Shaklee Selayang, Pengedar Shaklee KL Sentral✿
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**
Posted via Blogaway

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates

Developed by:

faridmokhtar