Set Susu Meriah...!!!
Alhamdulillah kini ramai ibu yang
menyusukan anak mereka setelah didedahkan dengan kebaikan susu ibu. Sudah pasti
apa yang ditekankan tentang kebaikan susu ibu adalah khasiatnya yang tinggi
antioksidan, bagus untuk mencegah sakit dan ianya membantu mengeratkan lagi
kasih sayang antara ibu dan anak.
Ramai ibu yang telah sedar kepentingan
“life balance”… terutama mereka yang bekerjaya dan mereka yang tidak dapat
memenuhi keperluan lengkap semua zat dan vitamin dalam makanan seharian. Sudah
pasti mereka juga sedar tentang kepentingan vitamin kepada tubuh badan si ibu
kerana ia membantu tubuh si ibu sihat dan dapat menghasilkan susu ibu dengan
lebih baik ditambah jika sesi perahan atau hisapan bayi yang konsisten.
Namun terdapat segelintir ibu
yang hanya mahu mencuba ALFALFA Shaklee kerana menganggap mereka hanya
memerlukan ALFALFA sahaja dalam menjayakan penyusuan. Persoalannya, bolehkah?
dan adakah ia mempunyai kesan yang berbeza dibanding jika si ibu mengambil
vitamin yang disyorkan iaitu Multivitamin@Vitalea, B complex dan Vitamin C?
Persoalan pertama, bolehkah jika si ibu hanya bergantung
dengan ALFALFA sahaja?
Melalui pengalaman diri ibu
sendiri menyusukan anak, jika hanya bergantung dengan alfalfa sahaja masih
boleh menghasilkan susu dengan banyak kerana sifat ALFALFA itu sendiri iaitu
sebagai agen yang membantu badan stimulate milk dengan lebih cepat. Sebab itu
mereka yang mengambil 2 biji alfala pasti akan merasakan perbezaan ketara
apabila pengambilan ditingkatkan kepada 6 biji sehari iaitu 2 selepas makan
pagi, 2 selepas makan tengahari dan 2 selepas makan malam. Si ibu akan merasakan
susunya cepat bengkak terutama apabila pengambilan air yang banyak serta sesi
perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekali. NAMUN malangnya pada satu tahap
si ibu itu akan merasa sangat letih dan mulalah datangnya sifat moody, mudah
mengantuk bila pulang kerja (tidak mampu bertahan buat kerja rumah), kedinginan
terhadap seks dek kerana mengantuk dan keletihan yang melampau. Ini kerana si
ibu hanya tertumpu kepada pemakanan yang membanyakkan susu. Maka badan akan
memaksa menghasilkan susu sebanyak mungkin tidak kira apa jua keadaan si ibu.
Risikonya pula jika si ibu tidak membuat perahan sehingga mengosongkan
payudara, susu tersumbat atau nama lain clog duct mudah berlaku.
Berbeza pula jika si ibu itu
mengambil vitamin secara lengkap…iaitu memenuhi keperluan tubuh badan ibu seterusnya badan sihat dan
dapat menghasilkan susu dengan lebih baik. Pada dasarnya vitamin ini ibarat
minyak pelincir kepada kereta. Jika kereta itu dijaga penyelenggaraannya
(maintainance), minyak hitam berganti, minyak sentiasa banyak…maka sudah pasti
kereta itu dapat dipandu dengan lancar, tanpa ada hembusan asap hitam dan tiada
tersengguk-sengguk macam orang yang sakit. Sama dengan keadaan si ibu yang
menjaga pemakanannya maka jika badannya sihat, moodnya ceria, sentiasa bertenaga,
bersemangat dan membuat sesi perahan yang konsisten…sudah pasti dengan izin
ALLAH susu akan terhasil dengan baik mengikut keperluan bayi tadi.
Apa fungsinya setiap vitamin
dalam set B sebenarnya ?

Dilengkapi dengan kesemua vitamin
beserta zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita
di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan
anak…contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu multivitamin
atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi
membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg…Ada sesetengah doktor
menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi
dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah
mahupun menyusukan anak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel
darah merah.
Walaubagaimanapun multivitamin
beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu
kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.
Sangat penting dalam membantu
memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai
penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan
makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa
(mood baik..)…so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik
penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memerlukan
pengambilan b complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang
memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B
juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
Sangat penting untuk menjaga
salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu
dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi di
dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. So, sekiranya anda atau baby
demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari …dan bagi ibu2
yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah, insya Allah akan mudah
sembuh…satu lg kesannya kulit ibu dan bayi makin bersih, cerah
& cantik. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.
Merupakan supplement penting utk
boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam
memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun
pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang
hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu
sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4
atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu
dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu. Turut
membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan… secara
automatik kesan baik pd bayi..susah nak kena kembung.
Bagi
yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini
mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu
meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya
juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa
memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa..
Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient
namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita.
Anda berminat untuk dapatkan produk diatas ..Hubungi saya..
●●●●●●●●●●●●●Perunding Vitamin Anda●●●●●●●●●●●●●●
♡♡ Mazidah Mohamed Zain
♡♡ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 897957]
♡♡ SMS/Whatsapp/Telegram : 013-3456789
♡♡ Email : ayangida77@gmail.com
♡♡ FB Fanpage :- Vitashouse
✿Penghantaran ke Seluruh Malaysia✿
✿COD :-
Pengedar Shaklee Rawang, Pengedar Shaklee Selayang, Pengedar Shaklee KL Sentral✿
Pengedar Shaklee Rawang, Pengedar Shaklee Selayang, Pengedar Shaklee KL Sentral✿
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease**
0 comments:
Post a Comment